Hari Terbuka Pusat Internet Kg Surau 2019

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2019 : Telah berlangsung Hari Terbuka Pusat Internet Kg Surau bertempat di perkarangan Pusat Internet Kg Surau. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendekatkan lagi staff Pusat Internet dengan komuniti setempat. Disamping itu juga program ini bertujuan bagi mengukuhkan hubungan silaturrahim bersama penduduk sekitar dan juga ahli jawatankuasa setempat. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti Penerangan Keselamatan Internet, Pertandingan Educational Games : Kahoot, Mewarna, Musang Berjanggut, dari mata ke mulut dan pelbagai lagi.

Selain itu, Pusat Internet mengambil peluang memberi pendedahan ibubapa tentang kesedaran dan tanggungjawab di media sosial mengenai kebaikan dan keburukan yang perlu diambil tahu oleh masyarakat, tambahan memberitahu tentang aktiviti terkini pihak Pusat Internet anjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali